Cara Merawat Ikan laga,kaloi dan lain2 ikan hiasan yang sakit
Asalammualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni saya nak cerita sikit pasal haiwan perliharaan saya.Saya ada bela ayam serama,ikan guppy,ikan betta atau ikan laga dan ikan Kaloi Sabah.Kali ni saya nak cerita tentang ikan kaloi sabah saya.Kaloi sabah ni saya beli pada tahun lepas iaitu tahun 2018 pada awal bulan ogos.Masa beli saiz kaloi lebih kurang 2 inci setengah dan beharga rm28 seekor.Apa yang membuat saya tertarik kepada ikan ini kerana ekor dan sirip nya bewarna merah berbeza dengan kaloi biasa atau kaloi kampung.Permakanan pula sangat mudah,saya bagi kangkung,anak ikan dan pallet.Bab pallet ikan ni agak cerewet sikit..puas dah saya tukar jenis-jenis pallet yang ada kat kedai aquarium.Bila tengok ikan ni berselera makan pallet tu..saya akan kekalkan dengan jenama pallet tu.Makanan tetap yang saya bagi tentu la kangkung dan anak ikan,sebab fresh kannn.. Lagipun kangkung dan anak ikan mudah nak dapat.Free pula tu...nak pesan sikit,hobi tu kalau membebankan,tinggalkan je la hehe.....