Cara Merawat Ikan laga,kaloi dan lain2 ikan hiasan yang sakit

Asalammualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni saya nak cerita sikit pasal haiwan perliharaan saya.Saya ada bela ayam serama,ikan guppy,ikan betta atau ikan laga dan ikan Kaloi Sabah.Kali ni saya nak cerita tentang ikan kaloi sabah saya.Kaloi sabah ni saya beli pada tahun lepas iaitu tahun 2018 pada awal bulan ogos.Masa beli saiz kaloi lebih kurang 2 inci setengah dan beharga rm28 seekor.Apa yang membuat saya tertarik kepada ikan ini kerana ekor dan sirip nya bewarna merah berbeza dengan kaloi biasa atau kaloi kampung.Permakanan pula sangat mudah,saya bagi kangkung,anak ikan dan pallet.Bab pallet ikan ni agak cerewet sikit..puas dah saya tukar jenis-jenis pallet yang ada kat kedai aquarium.Bila tengok ikan ni berselera makan pallet tu..saya akan kekalkan dengan jenama pallet tu.Makanan tetap yang saya bagi tentu la kangkung dan anak ikan,sebab fresh kannn.. Lagipun kangkung dan anak ikan mudah nak dapat.Free pula tu...nak pesan sikit,hobi tu kalau membebankan,tinggalkan je la hehe... 




Ni gambar ikan saya Masa mula-mula saya beli.



Ok berbalik kepada tajuk,Cara merawat ikan sakit.Pengalaman saya tentang ikan sakit ni ketika ikan kaloi sabah saya nampak x aktif.Warna pucat manakala ekor dan sirip kuncup lembik..Warna merah kat ekor dan sirip pun hilang..jadi kehitaman.Keadaan semakin membimbangkan apabila mulut ia statik dipermukaan sambil tercungap-cungap.. ni betu-betul nyawa ikan ni hehe..Risau dengan keadaan ikan macam tu..sy terus pergi ke kedai ikan hiasan tempat dimana saya membeli ikan kaloi sabah saya tu.Sampai je kat kedai..saya cerita tentang masalah dihadapi ikan kaloi saya,sambil menunjuk gambar ikan dari handphone kepada tauke kedai.Terus tauke kedai suggest ubat jenama S1..Harga murah je rm8.50,tauke kedai bagi kurang 50sen..so harga jatuh rm8 je..











                                     

Ok..kat atas gambar ikan kaloi saya sedang sakit dan anda pun nampak warna dia pucat.


Sampai je kat rumah..perkara pertama saya buat keluarkan ikan dari aquarium..tempatkan ikan ke dalam baldi untuk sementara.Kemudian buang air lama dan masukan air baru ke dalam aquarium..bagi bersih.kemudian saya letak cecair anti klorin sikit.Air dalam aquarium sy x isi penuh,separuh pun x sampai..untuk memudahkan ikan saya naik ke permukaan ambik oksigen.Lepas tu saya masukan ubat S1.Masukan S1 dan kocak air sehingga air betukar warna..Last sekali baru masukan ikan ikan kaloi saya yang sakit ke dalam aquarium.Air saya x tukar sehingga ikan kaloi saya benar sihat dan aktif.








Gambar kat atas ikan saya mula sembuh dan aktif macam mula-mula saya beli.Nampak sisik terkeluar macam ada luka kat situ.














Semakin hari semakin sihat..syukur alhamdulillah..






Gambar atas..ini la S1 


Ikan pun dah sihat..membesar dengan baik dan cantik..kalau nak tengok video ikan kaloi saya,click kat Sini



Cukup la sampai disini,lain kali cerita lagi..terima kasih 

Ulasan

  1. Assalamualaikum., ikan saya dlm proses rawat.., berapa lama ya nak baik?.. dan berapa kerap kena tuka air??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam..ikan ape ye?

      Padam
    2. Ikan kaloi berapa lama nk tukar air setelah letak s1.. Keadaan nmpak sihat tapi warna tak naik lg

      Padam
  2. Terima di atas perkongsian 😁👍

    BalasPadam
  3. Hari ini seekor ikan kali saya mati. Sedihhhhh

    BalasPadam
  4. Sesuai untuk semua jenis ikan ke? Saya ikan red parrot. Ikan tiba2 react macam slow progress..

    BalasPadam
  5. Niat hati nak bela ikan kaloi tp wajib pakai oksigen ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Port aku selalu mancing kat Klang Selangor

Cara Mudah Menanam Pokok Tin