Port aku selalu mancing kat Klang Selangor

                                                      Asalammualaikum dan salam sejahtera..

 Nak share sikit pengalaman memancing disekitar klang..hampir 5 tahun duduk kat klang..memang banyak port untuk memancing.Seperti yang kita tahu daerah Klang memang terlalu hampir dengan laut.Saya lebih minat memancing kat jeti atau atas jambatan.Ini disebabkan saya ni mabuk laut kihkihkih..Joran laut pun saya hanya ada 2 set..1set casting(pun saya belasah tuk mancing laut)..Satu set joran pantai yang panjang macam galah tu dan satu set lagi joran jigging(belasah je tuk main pantai,atas jambatan xde masalah)hehe.

  Port pertama saya mancing kat Port Klang..Tanjung Harapan(ada org kata tanjung gila).Memang port ni je saya mula-mula nampak.Sebab ramai kaki pancing pacak joran kat situ.Yang bestnya mancing kat sini,umpan mudah nak dapat..Sebelum sampai ke Tanjung Harapan..tepi jalan pesisir pantai banyak yang menjual umpan seperti umpun-umpun,udang hidup,sotong dan sebagainya.Kebiasaannya saya hanya menggunakan umpun-umpun dan Udang mati(beli kat kedai acheh).Memancing kat Tanjung Harapan bagi saya selamat,kerana disini sentiasa ramai orang samapai lewat malam.Jadi..kalau trip sorang-sorang pun tak la takut kan.Yang bestnya mancing kat sini,kedai makan dekat je.Jadi tak ada masalah kalau bab perut lapar.Ok kawasan dia berbatu..kalau nak mancing kat sini,saya sarankan anda pakai joran pantai atau jorang yang agak panjang sikit..Ini untuk memudahkan anda melontar umpan dan batu ladung jauh dari pantai..boleh dikatakan hampir 40meter dari pantai 100% berbatu.Mula-mula saya mancing kat sini selalu sangkut.Habis batu ladung balik la haha..tu pengalaman pertama mancing kat sini,kita x tahu plak situ kawasan berbatu.Lebih-lebih lagi kalau air pasang.Confirm kita tak tau kawasan tu berbatu.Ikan yang pernah saya dapat disini adalah pari atau tuka,sembilang,gelama,duri,tebal pipi dan kerapu.kerapu saya dapat kecik je dengan menggunakan teknik casting.casting pun best kat sini..tapi kena time air pasang la..waktu pagi atau petang macam tu..tengahari panas boh hehe.



  Port kedua pulak,jeti amri.Area tanjung harapan jugak.Tapi kalau nak mancing kat situ,kena bayar masuk bro.Dulu saya pergi situ,satu kepala rm5.Sekarang saya x pasti harga masih sama ke x.Yang bestnya kat sini,tak perlu nak lontar jauh..sebab jeti jauh dari pantai..kat sini air paip ada,tandas pun ada.Atas jeti ni siap ada tempat duduk dan ada yang berbumbung.Kalau mancing waktu malam,jeti ni ada lampu,memudahkan bagi mereka yang memancing malam kat sini.Syok juga mancing kat sini.Kadang-kadang tu ada juga kepala jadi pening bila jeti begoyang.bergoyang sebab ada orang berjalan dan ombak dari boat atau kapal yang lalu disitu.Ok ikan yang pernah saya dapat kat sini adalah sembilang,gelama dan tebal pipi.


 Port ketiga adalah kat jambatan Port Klang,..keretapi pun lalu kat jambatan tu.Tempat saya mancing adalah kat tiang jambatan..kena lintas landasan keretapi lepas tu kena turun kat tiang jambatan.Kalau nak mancing sebelah landasan tu dpt jugak..tetapi sangat merbahaya..keretapi kalau nak lalu atas jambatan ni,dari jauh dia dah bunyikan hon..mancing kat sini saya hanya dapat ikan duri,gelama dan sembilang..saya pernah memancing kat sini hanya dua kali sahaja..apa yang saya tau,sini memang dilarang memancing.Tahun lepas saya lalu kat jambatan ni..sudah ada pagar kat tepi landasan.



    Port keempat pulak kat jambatan Pulau indah.Area ni ada dua tempat.Satu jambatan besar dan satu lagi jambatan keretapi.Saya cerita tentang port jambatan besar dulu.kat sini kena mancing kat tiang jambatan,senang cerita wap atau pelantar kat tiang bawah jambatan tu.Nak masuk situ korang akan dikenakan bayaran sebanyak rm2.Kalau nak mancing kat Tiang jambatan tu kena panjat tangga..dan pilih la tiang mana korang nak mancing..laluan untuk pergi dari satu tiang ke satu tiang agak sempit..Mana yang bebadan tinggi tu kena tunduk sikit.Semakin jauh tiang yang kita nak pilih untuk memancing semakin tinggi la tangga untuk kita turun hehe..mana yang gayat tu kena fikir banyak kali.Kat situ saya hanya mancing waktu siang je..suasana malam agak sunyi kat situ.Kalau mancing waktu siang,korang tak payah risau akan sinaran matahari..sebab bawah tu redup.Kalau korang datang kat situ..boleh la gunakan teknik apolo kat tepi tiang.Ikan beliak mata byk tapi kena tengok air jugak.Ikan beliak mata boleh dijadikan umpan..ikan senangin suka umpan tu.Ikan yang saya pernah dapat kat sini adalah kerapu(besar betis),senangin,tebal pipi,tuka,sembilang,gelama dan duri.



   Port kelima saya adalah atas jambatan keretapi,sebelah jambatan rm2 tadi.Saya bagitau awal-awal ya,atas jambatan tu memang x boleh memancing.Saya tengok ramai je yang mancing atas tu..jadi saya pun berani la panjat dan mancing kat situ.Kereta saya parking kat bawah dan saya panjat guna pokok tepi jambatan tu..mudah nak panjat sebab ada kayu dibuat seperti tangga kat pokok tu oleh kaki pancing yang kerap mancing kat jambatan tu.Ada juga kaki pancing yang bawa motosikal dan kereta naik atas jambatan tu.Tapi kena pusing jauh.Kalau nasib x baik gate kena kunci..x boleh keluar la..hihi.Ok kalau nak mancing kat situ..port agak tinggi,kalau dapat ikan bersaiz mega,agak payah untuk dinaikkan..Kena tarik sampai ke tebing ye..hihi.Kat situ pun saya mancing waktu siang je.Mlm terlalu sunyi.Mancing siang hari mcm biasa la..tempat open confirm rentung punye hihi..minat punya pasal on je.Hari ahad atau cuti umum ramai kaki pancing kat situ..kalau guna teknik apolo nak dapatkan ikan beliak mata,situ la port terbaik.Pernah nampak kaki pancing yang gunakan teknik apolo menaikkan ikan cencaru.Kat tiang jambatan memang tempat beliak mata bermain.Ada yang datang semata-mata untuk penuhkan box biru dengan beliak mata.Mungkin untuk dijadikan umpan ketika memancing ditempat lain.Kat situ saya pernah dapat ikan senangin,gelama dan duri.
   

Ok nanti saya sambung cerita port yg pernah saya pergi..lenguh jari menaip hihi

Ulasan

  1. Hihihi.. Assalamualaikum wbt.
    (Waalaikumussalam wbt d atas salam kesejahteraan di atas)

    Sebenarnya saja2 ronda2 internet sebab tengah cari lokasi penjual umpun2. Nk naik kelong ni kejap lagi. Terima kasih atas info.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam..kat klang..sebelum tanjung harpan..ada jual umpun2..area pulau indah..selepas laguna park..sebelah kiri ada jual umpun2

      Padam
  2. tn..ada no fon amri jeti tanjung harapan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..x ada tuan..kalau rumah rakit irwan dan rumah rakit along teluk nipah saya ada..

      Padam
  3. Kat mane nak dapat umpan udang hidup?

    BalasPadam
  4. Tq tuan info yang sngt beguna bagi saye yg baru ini...πŸ‘

    BalasPadam
  5. Ade tak join mancing .. saya dari sei kembangan

    BalasPadam
  6. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Merawat Ikan laga,kaloi dan lain2 ikan hiasan yang sakit

Cara Mudah Menanam Pokok Tin