Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Cara Merawat Ikan laga,kaloi dan lain2 ikan hiasan yang sakit

Imej
Asalammualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni saya nak cerita sikit pasal haiwan perliharaan saya.Saya ada bela ayam serama,ikan guppy,ikan betta atau ikan laga dan ikan Kaloi Sabah.Kali ni saya nak cerita tentang ikan kaloi sabah saya.Kaloi sabah ni saya beli pada tahun lepas iaitu tahun 2018 pada awal bulan ogos.Masa beli saiz kaloi lebih kurang 2 inci setengah dan beharga rm28 seekor.Apa yang membuat saya tertarik kepada ikan ini kerana ekor dan sirip nya bewarna merah berbeza dengan kaloi biasa atau kaloi kampung.Permakanan pula sangat mudah,saya bagi kangkung,anak ikan dan pallet.Bab pallet ikan ni agak cerewet sikit..puas dah saya tukar jenis-jenis pallet yang ada kat kedai aquarium.Bila tengok ikan ni berselera makan pallet tu..saya akan kekalkan dengan jenama pallet tu.Makanan tetap yang saya bagi tentu la kangkung dan anak ikan,sebab fresh kannn.. Lagipun kangkung dan anak ikan mudah nak dapat.Free pula tu...nak pesan sikit,hobi tu kalau membebankan,tinggalkan je la hehe..

Cara Mudah Menanam Pokok Tin

Imej
Tips dan cara- menanam dengan mudah Asalammualaikum dan salam sejahtera..   Kali ni saya nak cerita pengalaman saya menanam pokok tin.Seperti yang kita tahu pokok tin agak mahal sepokok.Mungkin disebabkan ianya baru lagi di negara kita dan buah nya begitu banyak khasiat.Pokok tin berasal dari mana dan apa khasiat nya..anda boleh google..disini saya nak tunjuk bagaimana cara untuk menanam pokok tin.Menanam pokok tin sangat mudah dan cara yang saya gunakan adalah dari keratan batang.Mula nya saya membeli sepokok tin beharga rm30..murahkan walaupun dah berbuah..sebab beli dengan kawan sendiri hihi..Memandangkan pokok yang saya beli tu agak tinggi dan x lepas untuk dimasukan ke bonet kereta saya,jadi..saya kena potong sikit pokok tu,baru lepas.                                                   Ok ni ada gambar pokok yang sy beli tu setelah dipotong.   Pokok yang saya beli sudah berbuah dan ada 2 biji yang dah masak.Dahan yang saya potong tu sayang pula rasa nak buang,

Port aku selalu mancing kat Klang Selangor

Imej
                                                      Asalammualaikum dan salam sejahtera..  Nak share sikit pengalaman memancing disekitar klang..hampir 5 tahun duduk kat klang..memang banyak port untuk memancing.Seperti yang kita tahu daerah Klang memang terlalu hampir dengan laut.Saya lebih minat memancing kat jeti atau atas jambatan.Ini disebabkan saya ni mabuk laut kihkihkih..Joran laut pun saya hanya ada 2 set..1set casting(pun saya belasah tuk mancing laut)..Satu set joran pantai yang panjang macam galah tu dan satu set lagi joran jigging(belasah je tuk main pantai,atas jambatan xde masalah)hehe.   Port pertama saya mancing kat Port Klang..Tanjung Harapan(ada org kata tanjung gila).Memang port ni je saya mula-mula nampak.Sebab ramai kaki pancing pacak joran kat situ.Yang bestnya mancing kat sini,umpan mudah nak dapat..Sebelum sampai ke Tanjung Harapan..tepi jalan pesisir pantai banyak yang menjual umpan seperti umpun-umpun,udang hidup,sotong dan sebagainya.Kebiasaannya saya