Cara Mudah Menanam Pokok Tin

Tips dan cara- menanam dengan mudah




Asalammualaikum dan salam sejahtera..






  Kali ni saya nak cerita pengalaman saya menanam pokok tin.Seperti yang kita tahu pokok tin agak mahal sepokok.Mungkin disebabkan ianya baru lagi di negara kita dan buah nya begitu banyak khasiat.Pokok tin berasal dari mana dan apa khasiat nya..anda boleh google..disini saya nak tunjuk bagaimana cara untuk menanam pokok tin.Menanam pokok tin sangat mudah dan cara yang saya gunakan adalah dari keratan batang.Mula nya saya membeli sepokok tin beharga rm30..murahkan walaupun dah berbuah..sebab beli dengan kawan sendiri hihi..Memandangkan pokok yang saya beli tu agak tinggi dan x lepas untuk dimasukan ke bonet kereta saya,jadi..saya kena potong sikit pokok tu,baru lepas.


           
                                      Ok ni ada gambar pokok yang sy beli tu setelah dipotong.



  Pokok yang saya beli sudah berbuah dan ada 2 biji yang dah masak.Dahan yang saya potong tu sayang pula rasa nak buang,yela benda mahal kan..Dahan tu saya potong sebanyak 5 keratan.Saya ambil batang yang tua sahaja..bahagian puncuk kalau anda nak tanam pun boleh.Setelah siap potong,cuci bersih-bersih keratan batang.Setelah siap cuci biarkan ia kering..jangan jemur pulak hehe.Sediakan tanah plastik bag atau pasu..macam saya guna pasu plastik je..alang-alang dah ada.
Setelah tanah dah dimasukan ke dalam pasu,boleh la cucuk keratan batang pokok tin ke tanah.Jangan terbalik pulak..pangkal kena cucuk ke tanah.




    Setelah selesai kerja di atas,letakan pasu ditempat yang redup.Jangan terdedah kepada sinaran matahari.Ini kerana jika tanah dan batang jadi kering..peluang dahan tu mati adalah cerah hihi.Selesai je letak tempat redup,sediakan cat untuk disapu kat bahagian keratan yang terdedah.Ini kerana bahagian keratan yang terdedah mudah untuk diserang bakteria atau kulat.Jika ini terjadi,keratan batang akan mati.boleh guna cat minyak ape pun.Macam saya hanya guna cat lebihan time sembur motor dulu hihi..spray samurai boh.Cara nya saya sembur dalam bekas penutup spray tu.Kemudian ambil berus cat untuk sapu cat tu kat keratan yang terdedah..saya guna puntung rokok untuk sapukan cat tu hihi..




Di atas adalah gambar keratan pokok tin yang baru saya semai.Abaikan daun dan buah tu sebab saya x buang lagi.Daun dan buah kena buang..biar hanya tinggal batang saja.Dan dalam pic diatas keratan batang belum disapu cat






 Ok..gambar diatas ni pula sudah disapu cat dan sudah mengeluarkan daun.Bagaimana?mudahkan..apabila sesuatu benda yang kita buat..bila menjadi..kepuasan ye hehe..

Terima kasih sudi membaca artikel kat blog saya.😄😄

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Merawat Ikan laga,kaloi dan lain2 ikan hiasan yang sakit

Port aku selalu mancing kat Klang Selangor