Kucing cirit birit

Asalammualaikum dan salam sejahtera

Minggu lepas sebelum raya korban..ketika pulang dari kerja..saya terjumpa seekor anak kucing yang sangat comel.Untuk makluman kawan2 semua..saya bukan la peminat kucing dan tak suka kucing..Ok sambung balik cerita tadi,ketika saya dalam perjalanan balik ke rumah..terlihat seekor haiwan melompat2 dan berlari2 ke dalam semak

Pada awalnya saya menyangka seekor arnab,lalu saya berhenti ditepi jalan dan berlari untuk dapatkan haiwan tu.Setelah puas mencari,akhirnya saya jumpa ia bersembunyi disebalik anak pokok(entah pokok apa)πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….Haiwan yang saya sangka arnab tu tadi rupa-rupanya ada seekor anak kucing yang comel.Memandangkan saya tak minat kucing,jadi saya biarkan saja ia disitu..Ketika saya bejalan menuju ke motosikal saya..anak kucing tu ikut saya sambil mengiaw😒😒.

Alahai kesian la pulak..comel pulak tu..Kalau dibiarkan disitu..peluang untuk anak kucing ti mati adalah sangat cerah..Jadi saya ambik keputusan untuk bawa balik ke rumah..haaa duduk la si kucing dalam raga motor saya..dalam perjalanan balik kerumah..nampak kucing tu mcm ketakutan dan macam nak terjun dari raga motor..Sampai je kat rumah terus saya bagi salam..macam biasa la bila saya balik kerja,anak2 berlari dapatkan saya..Bila diaorang tetengok anak kucing kat tangan saya,bukan main seronok lagi dua adik beradik ni..yelah anak-anak selalu bodek saya untuk bela kucing..Hari tu saya bawa balik anak kucing yang sangat comel untuk mereka berdua.Isteri saya pula memang x membantah kerana dia pun minat kucing.Maka bermula lah episod saya membela kucing.

Selepas hantar kucing tu kat rumah,saya terus keluar untuk pergi ke speedmart 99..saya beli pasir untuk kucing berak dan makanan kucing.Yelah nak bela kucing mesti kena sediakan benda ni semua..balik ke rumah saya keluarkan besen kecik untuk letakan pasir.saya beli kat kedai eco..rm2 je..ok bila kucing tu naik kat pasir tu..kucing tu terus berak..cirit pulak tu..”mungkin sakit perut kot”kata anak saya yg sulung tu.πŸ˜…πŸ˜…..keesokan harinya pun sama..masih cair taik kucing tu..oh ya lupa nak bagitau..anak saya yg sulong dh bagi nama kat kucing tu..Tom..haha..sebab kucing tu jantan..dan mungkin pengaruh dari cerita kartun tom and jerry kot

Orait..pajang lebar becerita..kita bebalik kepada tajuk cara merawat kucing cirit.ok setelah 4hari tahi Tom masih cair..saya pun google la cara nak ubatkan Tom..Macam2 petua..paling banyak diaorang suruh bawak g klinik kucing..ada satu bloger tu suruh bagi ayam rebus campur labu rebus..so saya ambik 1 petua je iaitu bagi makan ayam rebus..bahagian dada ye.malam pukul 9 saya x bagi tom makan..cuma letak bekas air dan saya campur garam sikit..sampai pukul10 keesokan nya baru la saya bagi tom makan..tu pun tom dah mengiaw2 kat luar pintu dapur..lapar sangat kotπŸ˜….saya rebus ayam..dan lenyek kan sedikit..terus bagi tom makan..lahap giler tom makan..x pandang kiri kanan lagi dah..ptg saya bagi tom makan ayam rebus lagi..esok nya pula makan ayam rebus lagi..hari kedua najis Tom x cair dah..nampak mcm buah asam jawaπŸ˜…πŸ˜…..lega Tom dah sihat..lepas tu bagi Tom mandi..Baru la boleh bagi anak2 bermain dengan Tom😍..Tom dah jadi sebahagian dari keluarga kami..

Nak tengok Video Tom klik sini https://youtu.be/rLSmXoWliSw

Ni video Tom dah semakin sihat dan aktif..klik https://youtu.be/RGwaDnzEEMg

Terima kasih sudi singgah ke blog saya..



#kucingsakit
#kucingcirit
#kucingjalanan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Merawat Ikan laga,kaloi dan lain2 ikan hiasan yang sakit

Port aku selalu mancing kat Klang Selangor

Cara Mudah Menanam Pokok Tin